Friday, December 19, 2008

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata, Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
" Sesungguhnya aku telah  mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan... "
 
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
 
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDHUNYA YANG SEMPURNA.
 
3. Aku melihat seorang oleh umatku telah dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatulllah, maka ia diselamatakan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
 
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut di duburnya oleh Malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
 
5. Aku melihat umatku ditimpa oleh dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahalaPUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALAmemberi minum hingga ia merasa puas.
 
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalahMANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
 
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap- gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA, lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.
 
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin, tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
 
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA, lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
 
 
 
 
Bersabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat"

No comments: