Monday, January 12, 2009

STOP ISRAEL

GAZA 13 Jan. _ Israel melancarkan serangan baru ke bandar Gaza awal pagi ini dari udara, darat dan laut manakala beberapa bunyi letupan yang besar telah kedengaran, lapor agensi berita China, Xinhua.

Tentera Israel kembali menyerang Gaza dengan peralatan perang dan helikopter manakala beberapa saksi menyatakan kumpulan pasukan khas tambahan digunakan rejim Zionis dilihat memasuki selatan bandar Gaza dan saling berbalas tembakan dengan tentera Palestin. - Bernama


Tentera Israel yang berada bersebelahan dengan sempadan Jordan telah ditembak dari arah negara itu tetapi tiada yang tercedera, kata jurucakap askar Israel hari ini. "Tentera kami ditembak dari sebelah sempadan Jordan tetapi tidak jelas siapa penembak tersebut, kata jurucakap berkenaan berhubung insiden tersebut, 18 hari selepas Israel menceroboh Gaza